awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan pandu SUV lawan arus di Lebuhraya Persekutuan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2026
07:24 MYT
Lelaki ditahan pandu SUV lawan arus di Lebuhraya Persekutuan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan sebuah kenderaan SUV melawan arus di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Seorang lelaki tempatan ditahan selepas memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan di Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis berkaitan kejadian itu kira-kira jam 10.09 malam.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 6 petang apabila sebuah kenderaan SUV jenis Jaecco J7 berwarna putih dipandu melawan arus sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang melalui jalan berkenaan.
"Pemandu Perodua Myvi merupakan seorang wanita warga tempatan tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala seorang lelaki yang memandu kenderaan Jaecco J7 ditahan untuk pertuduhan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Shamsudin mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.
"Kita tidak akan berkompromi kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan dan akan mengambil tindakan tegas.
"Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian kemalangan itu, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya.
Topic Berkaitan
#SUV lawan arus
#Jaecoo J7
#Lebuhraya Persekutuan
#kemalangan Petaling Jaya
#Myvi
#pemandu ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan