awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Hazard 3.0: PGA rampas RM187 juta, 56 warga asing ditahan
UCL: PSG sepatutnya menang lebih besar ke atas Liverpool
Konflik Asia Barat: Iran peroleh kelebihan strategik susulan gencatan senjata - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditawar 'pelaburan minyak dan gas', rugi lebih RM20,000

Bernama
Bernama
28/08/2018
04:13 MYT
Lelaki ditawar 'pelaburan minyak dan gas', rugi lebih RM20,000
Seorang pekerja syarikat pengurusan air kerugian RM23,290 apabila pulangan yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan. - REUTERS/Fail
Tertarik dengan tawaran pelaburan minyak dan gas menyebabkan seorang pekerja syarikat pengurusan air kerugian RM23,290 apabila pulangan yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa yang berusia 56 tahun mendakwa diajak menyertai pelaburan itu oleh seorang lelaki yang dikenalinya pada 22 Jan lepas.
Katanya, lelaki yang dikenali menerusi pelaburan e-dagang itu telah memperkenalkan mangsa dengan seorang wanita yang kononnya pengurus kepada pelaburan yang mahu disertainya.
"Setelah mendengar penerangan mengenai pelaburan itu, mangsa bersetuju memasukkan duit sebanyak RM220 ke dalam akaun yang diberi suspek sebagai bahagian pelaburannya.
"Mangsa kemudiannya menambah jumlah pelaburan dengan melakukan 14 transaksi wang yang akhirnya berjumlah RM23,290," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa bagaimanapun tidak pernah menerima pulangan pelaburan sebaliknya hanya diberi komisyen RM700, yang didepositkan ke akaun peribadinya.
Tidak berpuas hati, mangsa cuba menghubungi kedua-dua suspek, namun gagal dan menyedari diri ditipu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub semalam.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#pelaburan minyak
#pelaburan tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan