awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala ikan

Bernama
Bernama
15/09/2025
13:44 MYT
Lelaki ditemukan lemas selepas keluar menjala ikan
Jasad Azri Md Sharif, 53, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 5 petang. - JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki yang hilang selepas keluar menjala dan memukat ikan di Sungai Perak berhampiran Jeti Awam Kampung Pulau Belayar dekat Gerik semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mayat Azri Md Sharif, 53, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 5 petang.
"Operasi pencarian di permukaan menggunakan bot dilaksanakan hingga jarak kira-kira 2.4 kilometer dari jeti.
"Beberapa peralatan milik mangsa turut ditemui di sekitar kawasan pencarian sebelum mayat mangsa dijumpai kira-kira 5 petang pada jarak lebih kurang 100 meter dari botnya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke darat menggunakan bot dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 7.15 malam.
Terdahulu, Shazlean berkata mangsa dilaporkan keluar kira-kira 3.30 petang semalam untuk mencari ikan di sekitar Sungai Perak.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan oleh isteri mangsa, kebiasaannya Azri akan pulang sebelum 7 malam sekiranya turun mencari ikan, namun mangsa tidak pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lelaki lemas
#menjala ikan
#bomba
#JBPM Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan