awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke Sungai Semantan

Azee Shafy
Azee Shafy
13/04/2023
06:41 MYT
Lelaki ditemukan lemas selepas terjun ke Sungai Semantan
Mayat lelaki itu ditemukan pada jarak lima meter dari lokasi terakhir dia kelihatan. - Foto JBPM
MENTAKAB: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjun ke Sungai Semantan ketika dikejar orang awam di Kampung Tanjong Kerayong, di Mentakab pagi Khamis.
Mayat lelaki itu ditemukan pada jarak lima meter dari lokasi terakhir dia kelihatan oleh sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Angin pada pukul 12.22 tengah hari.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.56 pagi.
"Berdasarkan maklumat orang awam, mangsa dikatakan terjun ke dalam sungai kerana dipercayai melarikan diri daripada orang awam kerana disyaki melakukan jenayah mencuri.
"Operasi mencari dan menyelamat dijalankan, dan mangsa ditemukan sejauh pada kedalaman 4.3 meter dalam radius lima meter dari lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.
Topic Berkaitan
#Lelaki lemas
#sungai semantan
#Kampung Tanjong Kerayong
#mentakab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan