awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditemukan mati dalam longkang

Bernama
Bernama
17/02/2025
05:45 MYT
Lelaki ditemukan mati dalam longkang
Mayat lelaki itu ditemukan berada dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada bahagian kepala di dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter. - Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Silibin di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis berkenaan insiden itu pada 8.38 pagi.
Beliau berkata setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh di tempat kejadian sembilan minit kemudiannya, didapati mayat lelaki berada dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada bahagian kepala di dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter.
"Identiti tidak diperolehi dan pegawai perubatan KKM (Kementerian Kesihatan) mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata operasi tamat pada 9.40 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ditemukan mati
#dalam longkang
#Kawasan Perindustrian Silibin
#bomba perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan