awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang

Bernama
Bernama
10/03/2025
14:15 MYT
Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Rajang
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini. - Foto Balai Bomba Kanowit/via Bernama
SIBU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang di Song, Kapit sejak Jumaat lepas ditemukan lemas di Sungai Rajang dekat Kubu Emma di daerah Kanowit petang ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Andy Alie berkata mayat Bujang Zainuddin, 44, ditemukan terapung di sungai berkenaan yang terletak kira-kira 56 kilometer (km) dari rumahnya di Nanga Nyimoh, Sungai Katibas.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan pada 2.14 petang, pasukan keluaran operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit digerakkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi kejadian, pasukan itu bersama pihak polis menemukan mangsa terapung di Sungai Rajang sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan malam ini.
Andy berkata operasi khidmat khas berkenaan ditamatkan pada 5 petang.
Mangsa yang dikatakan mengalami masalah kesihatan dilaporkan hilang oleh keluarganya hari ini setelah usaha mencarinya sejak Jumaat gagal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#ditemukan lemas
#Sungai Rajang
#Kubu Emma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan