awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka

Sinar Harian
Sinar Harian
05/05/2024
00:30 MYT
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Tangkap layar hantaran video dimuat naik Caprice di Instagram pada Jumaat.
SHAH ALAM: Seorang pemuda memohon maaf kepada penyanyi rap, Caprice dan isteri, Farra Inalis kerana menghina wajah anaknya yang baru lahir iaitu Airiel Qashaf.
Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Farra atau lebih mesra dipanggil Elis kelihatan berang dan agak emosi dengan tindakan sedemikian sambil ditenangkan oleh suaminya.
Caprice yang terlihat lebih santai memberikan dua pilihan kepada individu berkenaan sama ada mahu menyelesaikan perkara itu dengan pihak polis atau pergi ke masjid.
Irfan bagaimanapun memilih untuk ke masjid dan mereka dilihat solat bersama-sama.
Sebaik sahaja selesai menunaikan solat, Caprice bermurah hati menghulurkan sedikit wang kepada pemuda tersebut untuk diberikan kepada ibunya sebagai duit raya.
Sebelum itu, Caprice mendedahkan tangkap layar hantaran mesej mengenai seorang remaja yang dikatakan menghina wajah anak lelakinya dan menyamakan bayi itu dengan seekor haiwan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Caprice
#hina anak
#Farra Inalis
#mohon maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan