awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki jadikan kanak-kanak perempuan mangsa seks direman tujuh hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/10/2016
05:39 MYT
Lelaki jadikan kanak-kanak perempuan mangsa seks direman tujuh hari
Seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa melakukan seks dan memberi syabu kepada kanak-kanak berusia 12 tahun di Mahkamah Alor Setar hari ini. - Foto Bernama
Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini selepas didakwa melakukan seks dan memberi syabu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Dalilah Ismail yang membenarkan reman sehingga 18 Oktober ini.
Suspek berusia 24 tahun berpakaian lokap warna oren tiba di perkarangan mahkamah pada jam 10.23 pagi tadi.
Semalam seorang lelaki ditahan kira-kira jam 3 petang di rumahnya di Jalan Langgar, Alor Setar kerana didakwa melakukan hubungan seks dan memberi syabu kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, hasil siasatan mendapati mangsa mengenali suspek melalui aplikasi "WeChat" sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu yang tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.
Mereka juga sudah beberapa kali melakukan hubungan terlarang di sekitar daerah ini tanpa pengetahuan keluarga sambil mangsa mendakwa diberi dadah syabu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#murid sekolah
#reman
#seks untuk dadah
#Syabu
#Tahun 6
#Taman Setia Jaya
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan