awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/07/2024
08:10 MYT
Lelaki jatuh motosikal maut tertusuk sabit pemotong sawit
Mangsa yang dikenali sebagai Ismail Mat Saari, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ Ihsan pembaca
IPOH: Seorang lelaki maut selepas tertusuk sabit pemotong sawit dalam kemalangan motosikal di Parit Sulaiman, Kampung Matang Gerdu, Bagan Serai, petang semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Ismail Mat Saari, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, kira-kira jam 6.58 petang, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal terbabas sendiri.
“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa telah hilang kawalan sehingga menyebabkan galah sawit yang dibawa bersama mangsa terpelanting dan tertusuk di bahagian belakang badannya,” katanya.
Juna berkata, mangsa ditemui oleh dua orang awam di tepi parit dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
Tambahnya, pihak ambulans yang pergi ke tempat kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasatan mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan perut tertembus,” ujarnya.
Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Fazri Abdul Aziz di talian 05-7212222 atau 013-7111923.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#sabit kelapa sawit
#jatuh motosikal
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan