awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki langgar Perintah Kawalan Pergerakan ditahan setelah bertindak agresif

Astro Awani
Astro Awani
30/03/2020
02:48 MYT
Lelaki langgar Perintah Kawalan Pergerakan ditahan setelah bertindak agresif
Suspek (tengah) gagal mengemukakan sebarang surat serta gagal memberikan alasan munasabah ketika ditahan.
Seorang pekerja ladang ditahan selepas didakwa bertindak agresif ketika disoal dalam satu sekatan jalan raya kerana tidak mempedulikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam kejadian di Jalan Yahya Ahmad, Dungun kira-kira jam 5.30 petang Ahad itu, suspek berusia 39 tahun itu dikatakan meronta cuba melepaskan diri ketika polis melakukan pemeriksaan ke atasnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi, suspek gagal mengemukakan sebarang surat serta gagal memberikan alasan munasabah ketika ditahan.
Tambahnya, berlaku pergelutan di antara anggota polis dengan suspek yang ketika itu menumpang kereta rakan dari Kampung Tok Kah menuju ke bandar Dungun.
Rakan suspek yang juga pemandu kereta itu bagaimanapun tidak ditahan kerana mengemukakan permit bekerja di bawah PKP.
Hasil semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau, namun hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang tugas penjawat awam.
Topic Berkaitan
#Baharudin Abdullah
#Jalan Yahya Ahmad
#Kampung Tok Kah
#penjawat awam
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan