awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lemas cuba selamat rakan tergelincir ketika 'selfie'

Bernama
Bernama
18/09/2021
14:23 MYT
Lelaki lemas cuba selamat rakan tergelincir ketika 'selfie'
Mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang.
Terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada 3.54 petang sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir dari jambatan ketika sedang berswafoto.
"Rakannya yang berusia 20 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sebelum pihak bomba sampai di lokasi namun mangsa yang bertindak terjun untuk menyelamatkannya pula tidak timbul," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Norazam turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti berkelah atau bercuti di kawasan berair seperti sungai dan empangan, serta beredar sekiranya hujan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat, kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#selfie
#kampung pertak
#Kuala Kubu Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan