awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2022
22:40 MYT
Lelaki lemas ketika mandi di air terjun bersama rakan
Mayat Noor Hafizi dihantar ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut pada Rabu. - Foto Sinar Harian
MACHANG: Keseronokan seorang lelaki mandi-manda bersama dua rakannya di Air Terjun Jeram Linang, Banggol Judah di sini bertukar tragedi apabila ditemukan lemas pada Rabu.
Mayat Noor Hafizi Mat Nor, 35, yang berasal dari Pasir Mas ditemukan pada jam 4 petang selepas timbul di permukaan semasa usaha mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, selepas ditemukan mangsa terus dibawa naik ke atas darat.
"Kemudiannya, salah seorang rakan mangsa telah menghubungi Balai Polis Machang.
"Selepas itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang telah membuat tindakan untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal.
"Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Machang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Rabu.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah mandi bersama dua rakannya pada jam 3.15 petang.
Beliau berkata, bagaimanapun, sekitar jam 3.30 petang mangsa didapati tenggelam dan tidak timbul ke permukaan air.
Ganti berkata, mangsa telah cuba diselamatkan oleh rakannya namun gagal kerana air terlalu dalam.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Machang untuk tindakan lanjut,"
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Noor Hafizi Mat Nor
#Air Terjun Jeram Linang
#lemas
#mandi air terjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan