awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Rhu Muda

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
02/03/2023
07:15 MYT
Lelaki lemas ketika mandi di Pantai Rhu Muda
Mangsa, Nabil Hussaimi Halimun Nawar ditemukan lemas ketika mandi di Pantai Rhu Muda pada Khamis. -Astro AWANI
MARANG: Seorang pemuda meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di Pantai Rhu Muda berhampiran sebuah resort, di sini, pada Khamis.
Mayat mangsa, Nabil Hussaimi Halimun Nawar, 22, dijumpai orang awam kira-kira jam 10.15 pagi tadi.
Dalam kejadian itu, mangsa dikatakan mandi di pantai bersama lima rakannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Zulbahry Sulong berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.11 pagi sebelum lapan anggota dikejarkan ke lokasi.
Katanya, sejurus tiba, mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.
Hasil maklumat awal yang diterima mereka, mangsa merupakan fasilitator sebuah maahad tahfiz di Shah Alam dan sedang mengadakan kem di resort berkenaan.
Zulbahry berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, beliau turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dengan situasi semasa dan cuaca yang masih tidak menentu ketika ini.
Topic Berkaitan
#Pantai Rhu Muda
#mati lemas
#Maahad Tahfiz
#Nabil Hussaimi Halimun Nawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan