awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mati dalam bilik hotel bajet, lima individu diburu

Astro Awani
Astro Awani
12/03/2016
00:55 MYT
Lelaki mati dalam bilik hotel bajet, lima individu diburu
Individu terbabit termasuk wanita dipercayai tinggal sebilik dengan mangsa sejak Isnin lalu di hotel yang terletak di tingkat tiga, sebuah pusat perniagaan. -Gambar hiasan
Polis memburu lima individu dipercayai terbabit dalam kejadian bunuh seorang lelaki di sebuah hotel bajet di Damansara Damai, malam tadi.
Individu terbabit termasuk wanita dipercayai tinggal sebilik dengan mangsa sejak Isnin lalu di hotel yang terletak di tingkat tiga, sebuah pusat perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata mangsa berusia 39 tahun dan berasal dari Semenyih itu dijumpai terbaring di atas lantai di dalam bilik oleh pekerja hotel pada jam 9 malam.
Mangsa dijumpai dengan kesan kecederaan pada kepala dipercayai dipukul objek tumpul di antara jam 8 hingga 9 malam Jumaat.
Polis sedang mengenal pasti kesemua rakan sebilik yang didaftarkan atas nama mangsa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.
Kejadian diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#berlumuran darah
#Damansara Damai
#hotel bajet
#kesan tetakan
#objek tumpul
#Rakaman CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan