awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dalam kemalangan babitkan kereta, dua motosikal

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/12/2021
13:56 MYT
Lelaki maut dalam kemalangan babitkan kereta, dua motosikal
Mangsa yang berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM). - Foto ihsan JBPM Perak
TAIPING: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain dan kereta di Jalan Kuala Kangsar, berhampiran Kampung Paya, dekat sini, hari ini.
Mangsa yang berusia 50 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada 6.52 petang.
“Penumpang dan pemandu kereta mengalami kecederaan ringan, manakala penunggang sebuah lagi motosikal, seorang wanita juga mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu lagi, mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Katanya, anggota bomba bertindak membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#kereta
#motosikal
#Jalan Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan