awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, kanak-kanak cedera kenderaan terhumban ke gaung

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
24/03/2018
08:34 MYT
Lelaki maut, kanak-kanak cedera kenderaan terhumban ke gaung
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dalam insiden itu. - Ihsan pembaca
Seorang maut manakala dua lagi cedera termasuk kanak-kanak berusia empat tahun selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam tujuh meter.
Kejadian kira-kira 8.15 pagi itu berlaku di Kilometer 391.8, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran jambataan Sungai Padi, Ajil di sini, hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Salleh Abdullah berkata, pemandu kenderaan tersebut, Mohd Sabri Mohd, 38 tahun cedera parah di kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu.
Adik mangsa, Rozita Mohd, 36 tahun dan anak lelakinya, Tengku Muhammad Ridhwan Tengku Rohaizak, 4 tahun, cedera dalam kejadian tersebut dan kini menerima rawatan di hospital yang sama.
Ketiga-tiga mangsa dilaporkan tercampak keluar dari kenderaan dalam insiden itu.
Tujuh anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk mencari kanak-kanak tersebut sebelum menemuinya kira-kira tujuh meter dari lokasi kemalangan.
Kenderaan tersebut dengan muatan marmar, dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Payung, Marang menghala ke Felda Kerteh 6, Dungun.
Topic Berkaitan
#cedera
#gaung
#Hospital Hulu Terengganu
#kenderaan pacuan empat roda
#Lebuhraya Pantai Timur 2
#LPT2
#maut
#Mohd Sabri Mohd
#Mohd Salleh Abdullah
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan