awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang di lebuh raya PLUS

Aida Aziz
Aida Aziz
29/07/2024
05:16 MYT
Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang di lebuh raya PLUS
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kereta dinaikinya. -JBPM
IPOH: Seorang lelaki maut setelah kereta jenis Toyota Corolla yang dinaikinya terbabas ke dalam longkang di kilometer (km) 265 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini, pada Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, mangsa berusia 40 tahun itu didapati berada di bawah kereta tersebut.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dikejarkan ke lokasi kejadian pada jam 8.08 pagi.
"Didapati sebuah kereta telah terbabas ke dalam longkang di lebuh raya, dan seorang lelaki berada di bawah kereta tersebut.
"Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota melakukan kerja menyelamat.
"Lelaki tersebut disahkan maut oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus dikeluarkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau menambah, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang diketuai PBK II Suhaimi Abd Samad itu membabitkan seramai tujuh anggota dan tamat jam 9.26 pagi.
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan
#PLUS
#Toyota Corolla
#terbabas ke dalam longkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan