awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Luluh hati ibu lihat anak cuba kejut adik maut dalam nahas
Sekumpulan individu lepaskan tembakan berhampiran konsulat Israel di Istanbul
Rhodes vs Orton, Punk vs Reigns, IShowSpeed 'sertai' The Vision. Ini apa kita tahu tentang WrestleMania 42
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ketika mencari siput

Bernama
Bernama
16/04/2021
20:29 MYT
Lelaki maut ketika mencari siput
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata jenazah mangsa berusia 24 tahun itu dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat. - Astro AWANI
JASIN: Seorang lelaki yang mencari siput di hutan paya bakau di Kampung Air Tawar, Merlimau di sini, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin DSP Mispani Hamdan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, dan berkata jenazah mangsa berusia 26 tahun itu dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 1.41 petang, selepas dihubungi salah seorang rakannya yang turut mencari siput.
"Sebuah jentera bersama lapan anggota termasuk pegawai digerakkan dan tiba di lokasi 16 minit kemudian, bagi mencari mangsa bersama pihak polis sebelum dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Difahamkan mangsa masuk mencari siput kira-kira pukul 7 pagi bersama rakannya," katanya.
Mohamad Faisal berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#maut
#meninggal dunia
#bomba
#mangsa
#jenazah
#operasi
#perubatan
#lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan