awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal terbabas di Jalan Temerloh-Bahau

Azee Shafy
Azee Shafy
08/07/2022
21:30 MYT
Lelaki maut motosikal terbabas di Jalan Temerloh-Bahau
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Temerloh untuk bedah siasat. - Foto ihsan PDRM
BERA: Seorang lelaki berusia 38 tahun maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di KM48, Jalan Temerloh-Bahau, dekat Kemayan, pada Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintenden N. Kumaran berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.45 petang, apabila mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkan motosikalnya terbabas ke sebelah kanan jalan.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dari arah Bahau, Negeri Sembilan menghala ke Triang, namun telah hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan lalu melanggar sebatang pokok yang berada di kaki jalan.
"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Temerloh untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mangsa, Muhammad Fairus Ab Rahman beralamat di Mahsan, Bahau.
Kumaran berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#motosikal terbabas
#Jalan Temerloh-Bahau
#kemalangan
#Muhammad Fairus Ab Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan