awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengamuk, ugut mahu bunuh isteri dengan parang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
18/09/2020
15:13 MYT
Lelaki mengamuk, ugut mahu bunuh isteri dengan parang
Polis turut merampas sebilah pisau berhulu kuning dan parang berhulu coklat yang dipercayai digunakan suspek.
Polis Kedah mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam untuk memujuk seorang lelaki bersenjatakan parang yang bertindak agresif dengan mengugut ingin membunuh isteri dan dirinya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Langgar, dekat Alor Setar, petang Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Nor, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berkenaan mengamuk dan mengugut untuk mencederakan sesiapa sahaja yang cuba masuk ke rumahnya.
Katanya, situasi itu bagaimana berjaya dileraikan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar selepas menahan suspek yang akhirnya menyerah diri.
"Selepas mendapat laporan seorang lelaki mengamuk dan mengugut untuk mencederakan sesiapa yang cuba masuk ke rumahnya, polis terus bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, suspek berusia 30-an itu berjaya ditahan dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk tindakan lanjut.
Polis turut merampas sebilah pisau berhulu kuning dan parang berhulu coklat yang dipercayai digunakan suspek.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#bunuh
#isteri
#Jalan Langgar
#Kedah
#polis
#ugut bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan