awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh rakan senegara di Nilai

Astro AWANI
Astro AWANI
05/03/2026
00:55 MYT
Lelaki Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh rakan senegara di Nilai
Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar awal pagi ini bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegaranya, seorang wanita di asrama pekerja asing di Nilai, Isnin lepas.
Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar awal pagi ini bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegaranya, seorang wanita di asrama pekerja asing di sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Johari Yahya berkata, suspek berusia 42 tahun itu ditahan kira-kira 12.55 tengah malam di tepi Jalan Saujana Puchong, Selangor oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Nilai.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dengan cara mengelar leher mangsa menggunakan sebilah pisau.
"Motif kejadian disebabkan suspek berhutang dengan mangsa berjumlah RM10,000. Mangsa menggugut untuk menyebarkan gambar suspek bersama teman wanitanya di Facebook sekiranya lelaki itu tidak membayar RM5,500 pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, susulan tangkapan itu, polis turut merampas beberapa barangan termasuk sehelai baju hitam, sepasang selipar, dua unit telefon bimbit serta sebilah pisau boleh laras dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek kini di reman untuk siasatan lanjut.
Terdahulu, polis menemukan mangsa berusia lingkungan 30-an itu dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di tangga asrama berkenaan, selepas menerima laporan pada 11.21 malam Isnin lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga Myanmar
#ditahan
#bunuh
#wanita
#nilai
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan