Lelaki nyaris terkena tembakan di depan rumah

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menyiram pokok apabila secara tiba-tiba dua individu yang menunggang motosikal melepaskan tembakan rambang ke arahnya. - Foto Astro AWANI
Seorang lelaki nyaris maut apabila individu bermotosikal yang tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan di hadapan kediamannya di Jalan Satu Air Itam, Pulau Pinang malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 50an terbabit terselamat dan tidak mengalami kecederaan, walaupun suspek dikatakan melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menyiram pokok apabila secara tiba-tiba dua individu yang menunggang motosikal melepaskan tembakan rambang ke arahnya.
Setakat ini pihak polis masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

