awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU ditemukan lemas di Sungai Kuantan

Bernama
Bernama
12/06/2025
15:05 MYT
Lelaki OKU ditemukan lemas di Sungai Kuantan
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual yang hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih semalam, ditemukan lemas malam ini. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) intelektual yang hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Kuantan berhampiran Kampung Tanah Putih semalam, ditemukan lemas malam ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata Syed Alwi Syed Mohd Ali Hanafiah, 30, ditemukan orang awam dalam keadaan terapung pada 9.10 malam tadi.
"Mangsa dijumpai pada jarak 2.5 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba. Pasukan bomba membawa mayat ke dalam bot penyelamat untuk dibawa naik ke darat dan mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dilaporkan berkata mangsa dikatakan pergi ke sungai itu bersama adiknya untuk memancing.
Beliau berkata ketika kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang semalam, mangsa dipercayai turun ke sungai untuk mandi sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus dan tenggelam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki OKU
#ditemukan lemas
#Sungai Kuantan
#Kampung Tanah Putih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan