awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
Gambar bulan Artemis tarik perhatian: Nilai saintifik atau sekadar foto indah?
15 kapal lalui Selat Hormuz dengan kebenaran Iran dalam tempoh 24 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU hilang ketika main air banjir

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2022
02:30 MYT
Lelaki OKU hilang ketika main air banjir
Seorang lelaki OKU mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut, Pasir Mas, pada Selasa. -Gambar fail/Bernama
PASIR MAS: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pembelajaran dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Kampung Tok Sangkut di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kehilangan Muhamad Faizal Abd Rahman disedari oleh ibunya Che Fatimah Che Kob, 62, pada jam 9 pagi.
"Semasa kejadian, ibu mangsa sedang membersihkan kedai makan miliknya di Kampung Tok Sangkut manakala Muhammad Faizal sedang bermain berhampiran kedai milik ibunya itu," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Menurut Mohd Nasaruddin, selepas itu wanita berkenaan menyedari Muhammad Faizal sudah tiada di kawasan tersebut.
Beliau berkata, Che Fatimah kemudian bertanya kepada cucunya berusia 12 tahun yang memberitahu melihat Muhammad Faizal berada di kawasan masjid berhampiran kedai makan miliknya.
Mohd Nasaruddin berkata, Che Fatimah kemudian mencari anaknya di kawasan sekitar namun gagal ditemui.
"Che Fatimah datang ke Balai Polis Jeram Perdah untuk membuat laporan. Dia mengesyaki anaknya telah lemas dihanyutkan oleh air banjir yang melanda kawasan sekitar," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#lelaki orang kurang upaya
#Kampung Tok Sangkut
#Muhamad Faizal Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan