awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki OKU maut dalam kebakaran rumah di Bachok

Bernama
Bernama
08/03/2026
06:44 MYT
Lelaki OKU maut dalam kebakaran rumah di Bachok
Anggota JBPM dari BBP Bachok sedang melakukan tugas memadam kebakaran. - Foto JBPM
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Mujur-Jelawat, Bachok awal pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok Mohd Zamizi Muhammad berkata mangsa Che Mohd Faizul Che Sulaiman, 41, ditemukan di dalam bilik tidur rumah berkenaan selepas dipercayai terperangkap ketika kebakaran berlaku.
“Ketika kejadian mangsa berada di dalam rumah bersama ibu serta dua adiknya. Bagaimanapun, ahli keluarga lain sempat menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Zamizi berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.15 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Bachok digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata jentera bomba tiba di tempat kejadian pada 9.26 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah sementara kekal dengan kemusnahan dianggarkan 90 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu breaching dan dua pancutan bersama satu sumber air terbuka sebelum kebakaran berjaya dikawal pada 9.38 pagi. Mangsa kemudiannya ditemukan pada 9.43 pagi tadi,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#OKU
#rentung
#kebakaran
#rumah
#Mohd Zamizi Muhammad
#Bachok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan