awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki parah ditembak sekumpulan lelaki di Lipis

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
17/09/2017
04:13 MYT
Lelaki parah ditembak sekumpulan lelaki di Lipis
Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub, namun setelah tiba di tempat kejadian beliau diserang kumpulan lelaki tersebut.
Seorang lelaki berusia 55 tahun cedera parah ditembak tujuh das tembakan yang dilepaskan oleh lima suspek lelaki dalam kejadian di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.
Mangsa yang juga seorang ahli perniagaan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub, namun setelah tiba di tempat kejadian beliau diserang kumpulan lelaki tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan dan diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
Katanya, mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat oleh kumpulan lelaki berkenaan di bahagian badan.
"Motif kejadian masih lagi disiasat dan polis akan merakamkan keterangan mangsa sebaik saja keadaan mengizinkan.
"Kita turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu kami melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Beliau memberitahu, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk mendapatkan kesan cap jari pada kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.
Sementara itu, difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Sungai Koyan oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Azry berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan bersenjata.
Topic Berkaitan
#Jalan Besar Kuala Medang
#lipis
#Raub
#Sg Koyan
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan