awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/08/2024
06:00 MYT
Lelaki terjun sungai elak ditahan polis dikhuatiri lemas
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Padang Terap di Kampung Empa dekat Pokok Sena hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai cuba melarikan diri daripada ditahan polis dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Padang Terap di Kampung Empa dekat Pokok Sena semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata lelaki itu dipercayai panik dan terjun ke sungai apabila menyedari kehadiran polis dalam satu operasi di kawasan berkenaan kira-kira 4.15 petang.
"Polis menerima maklumat kejadian pada 4.26 petang. Menurut saksi mangsa berenang kira-kira 15 meter dari tebing sungai sebelum dilihat tenggelam.
"Kejadian berlaku bersebelahan kebun sayur kampung tersebut, ketika kejadian tiga orang berada di kawasan operasi, dua melarikan diri dan seorang (mangsa) terjun ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pokok Sena, namun dihentikan sekitar 7.30 petang semalam berikutan keadaan cuaca gelap.
Siti Nor Salawati berkata operasi masih diteruskan hari ini di lokasi mangsa kali terakhir dilihat tenggelam.
Topic Berkaitan
#lari daripada polis
#terjun sungai
#lemas
#Padang Terap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan