awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tersepit dalam nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya NKVE

Sinar Harian
Sinar Harian
19/11/2024
22:30 MYT
Lelaki tersepit dalam nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya NKVE
Aliran trafik menyebabkan kesesakan hampir empat kilometer di laluan berkenaan. - Foto PLUS
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hala ke utara, laluan Subang ke Damansara dekat sini, pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 8.56 malam.
Katanya, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
“Kemalangan itu membabitkan tujuh kenderaan iaitu sebuah Proton X70, Proton Saga, Toyota Camry, Mazda, Perodua Axia dan dua Toyota Hilux.
“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit merupakan warga tempatan berusia 36 tahun berada di dalam kereta Toyota Camry dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Sementara itu, PLUS menerusi platform X melaporkan kemalangan itu menyebabkan lorong kanan dan lorong tengah lebuh raya terbabit terhalang.
Katanya, kemalangan arah ke utara itu turut menyebabkan kesesakan hampir empat kilometer di laluan berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#nahas tujuh kenderaan
#Lelaki tersepit
#Lebuhraya NKVE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan