awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tunjuk kemaluan dalam pejabat dicekup

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2024
11:37 MYT
Lelaki tunjuk kemaluan dalam pejabat dicekup
Suspek berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi syarikat ditahan kira-kira jam 5.30 petang Isnin. - Gambar hiasan
AMPANG: Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 44 tahun.
"Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, wanita itu mendakwa suspek bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa ketika berada di pejabat bangunan berkenaan.
"Mangsa yang panik kemudiannya bertindak melarikan diri ke tempat parkir kereta," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, suspek berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pembantu operasi syarikat ditahan kira-kira jam 5.30 petang.
"Suspek bagaimanapun didapati bebas daripada sebarang pengaruh dadah menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tunjuk kemaluan
#rakan sekerja
#jenayah tempat kerja
#pejabat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan