awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu

Bernama
Bernama
30/09/2024
13:59 MYT
Lelaki warga emas dipenjara 10 bulan, miliki wang Amerika Syarikat palsu
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga Woo Tuck Lab, 64, selepas dia mengaku bersalah, dan memerintahkan warga emas itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 20 Jun lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 12 keping wang kertas Amerika Syarikat palsu berjumlah US$1,200 tiga bulan lepas.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu terhadap peniaga Woo Tuck Lab, 64, selepas dia mengaku bersalah, dan memerintahkan warga emas itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 20 Jun lepas.
Woo didakwa memiliki 12 keping wang kertas US$100 palsu dengan niat menggunakannya sebagai tulen di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Ampang di sini pada 20 Jun lepas, mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya R.Harvind memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, mengambil kira kesalahan dilakukannya menjejaskan kepercayaan orang awam terhadap institusi kewangan negara.
Peguam Fahizul Amar Mohd Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon anak guamya dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan bermula dari tarikh tangkap dengan alasan tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.
"Anak guam saya seorang peniaga dan tiada pendapatan tetap. Wang palsu itu diperoleh daripada rakannya dan dia tidak tahu memiliki wang palsu adalah salah," kata peguam itu dan menambah anak guamnya itu hidup sebatang kara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#wang palsu
#warga emas
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan