awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Indonesia tetak mati pekerja kilang, ditahan polis

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2018
05:17 MYT
Lelaki warga Indonesia tetak mati pekerja kilang, ditahan polis
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan hasil koordinasi membabitkan Bahagian Operasi Khas D8 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pinang Pinang. - Astro AWANI
Lelaki warga Indonesia yang mengamuk dan menetak pekerja kilang memproses makanan sejuk beku sehingga mati di Kampung Selamat, Tasek Gelugor Rabu lepas ditahan polis.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri A. Thaiveegan berkata, suspek yang juga pekerja kilang itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor jam 3.30 pagi Jumaat.
Katanya, suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan hasil koordinasi membabitkan Bahagian Operasi Khas D8 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pinang Pinang serta pasukan serbuan D9 Selangor dan Petaling Jaya.
Menurutnya, suspek datang ke Selangor menaiki sebuah teksi dari Pulau Pinang ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum pergi ke sebuah pangsapuri yang terletak di Petaling Jaya.
Hasil soal siasat, suspek yang juga seorang pemotong daging mengaku melakukan perbuatan berkenaan.
"Suspek telah dibawa ke IPD SPU (Seberang Prai Utara) dan akan direman kemudian kita anggap kes ini selesai kerana suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan ini telahpun ditangkap di Selangor.
"Dia bekerja sebagai pemotong daging. Dia ada sebilah parang yang dia gunakan masa kejadian. Dia melibas (parang itu) dan terkena pada mangsa lalu mati," ujar A.Thaiveegan.
Suspek sudah setahun bekerja di kilang terbabit yang juga dimiliki abang kepada mangsa yang maut ditetak itu.
Katanya, suspek kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dua mangsa yang cedera kini masih dirawat di hospital dan keadaan kedua-duanya dilaporkan stabil.
Thaiveegan berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 4 petang Rabu, seorang wanita, Sia Seok Kee, 41, maut, manakala anak dan anak saudaranya parah ditetak dengan parang oleh pekerja kilang warga Indonesia yang mengamuk kerana tidak berpuas hati dengan majikannya yang tidak membayar gaji.
Topic Berkaitan
#kampungs elamat
#lelaki
#pekerja kilang
#tasek gelugor
#Tetak
#warga Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan