awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki warga Myanmar ditemukan lemas

Bernama
Bernama
07/04/2025
22:00 MYT
Lelaki warga Myanmar ditemukan lemas
Mohamad Hatta berkata, usaha pencarian mangsa berusia 35 tahun itu mengambil masa lebih 24 jam disebabkan faktor hujan yang menyebabkan arus sungai deras di kawasan berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
SEREMBAN: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan lemas di tebing Sungai Kampung Sega Hilir, Lombong Rantau petang tadi dengan jarak 3.5 kilometer dari lokasi mangsa didapati terjatuh ketika menjala ikan, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, usaha pencarian mangsa berusia 35 tahun itu mengambil masa lebih 24 jam disebabkan faktor hujan yang menyebabkan arus sungai deras di kawasan berkenaan.
"Hasil operasi itu, mangsa ditemui pada 4.55 petang tadi dan mayat dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, seramai 49 anggota polis bersama pihak bomba dan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) membantu proses pencarian di kawasan sekitar sungai berkenaan.
Terdahulu, seorang lelaki warga Myanmar dilaporkan dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi, di sini, bersama adik serta dua rakannya petang Ahad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki Myanmar
#lemas
#Sungai Kampung Sega Hilir
#Loji Rawatan Air Sungai Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan