awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat

Bernama
Bernama
22/12/2016
01:30 MYT
Lembaga Penyiasat TUDM akan kenal pasti punca kemalangan pesawat
Pesawat yanhg terhempas itu berusia lebih 20 tahun tetapi tidak pernah mempunyai rekod masalah enjin dan sentiasa diselenggara mengikut jadual. - Gambar fail
Lembaga penyiasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca pesawat malang Beechcraft King Air 200T yang terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan TUDM di sini petang Rabu.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata, pesawat itu berusia lebih 20 tahun tetapi tidak pernah mempunyai rekod masalah enjin dan sentiasa diselenggara mengikut jadual.
"Walaupun berusia 20 tahun, namun ia tidak mempunyai masalah enjin dan keadaan cuaca juga tidak menjadi masalah kepada sesi latihan itu," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa tragedi malang itu di Hospital Seberang Jaya di sini.
Beliau berkata kemalangan itu berlaku pada jam kira-kira 5.18 petang ketika pesawat itu dalam sesi latihan diketuai seorang juruterbang kanan bersama tiga anak kapal.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau berasa sedih terhadap mangsa kejadian yang menyebabkan seorang anak kapal terkorban dan tiga cedera.
Beliau berkata apa yang penting sekarang adalah semua mangsa yang cedera dapat menerima rawatan dan post mortem akan dijalankan terhadap mangsa yang terkorban.
"Kami juga berasa bangga dengan anggota-anggota penyelamat TUDM yang bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap selepas kemalangan dengan cepat," katanya.
Tambahnya, bantuan kebajikan akan diberikan kepada anggota keluarga terdekat mangsa.
Beliau berkata punca kemalangan itu akan diumumkan selepas laporan siasatan selesai dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Beechcraft King Air 200T
#Pangkalan Udara Butterworth
#Pesawat TUDM terhempas
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan