awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Watikah pencalonan tidak akan ditandatangani jika cabang PKR lemah - Anwar
Enam terbunuh, dua cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
IRGC dakwa jatuhkan lagi sebuah pesawat AS C-130 di Isfahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lembah Klang sesak luar biasa minggu ini, perjalanan 30 minit kini ambil masa hampir dua jam

Khalis Khadir
Khalis Khadir
12/02/2026
14:49 MYT
Lembah Klang sesak luar biasa minggu ini, perjalanan 30 minit kini ambil masa hampir dua jam
Rata-rata pengguna jalan raya di media sosial berkongsi kisah mereka terperangkap dalam kesesakan trafik di Lembah Klang sejak beberapa hari lalu sehingga menimbulkan persoalan punca sebenar kesesakan luar biasa kali ini. - Gambar hiasan
Minggu ini, Lembah Klang sesak luar biasa.
Perjalanan yang lazimnya hanya mengambil masa 30 minit, kini boleh mencecah hampir dua jam untuk sampai ke destinasi.
Itu keluhan rata-rata pengguna jalan raya di media sosial yang berkongsi kisah mereka terperangkap dalam kesesakan trafik, sehingga timbul persoalan, apa punca sebenar kesesakan kali ini?
Menjawab persoalan itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ia susulan terdapat peningkatan kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Jelas beliau, keadaan berkenaan disebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk membeli-belah sempena sambutan perayaan itu terutama di kawasan tumpuan pusat bandar.
Mohd Zamzuri berkata, kesesakan ini juga berlaku berikutan Majlis Raja-Raja yang berlangsung di ibu negara selama dua hari sehingga 12 Februari.
“Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu turut menyebabkan peningkatan penggunaan kereta berbanding motosikal, sekali gus menambah jumlah kenderaan di jalan raya,” katanya kepada Sinar Harian.
Sehubungan itu, Mohd Zamzuri menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi peraturan lalu lintas serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
Topic Berkaitan
#kesesakan trafik
#Lembah Klang
#sambutan Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan