awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan gas Puchong: Dua mayat ditemukan tidak sempurna

Sinar Harian
Sinar Harian
23/02/2024
08:14 MYT
Letupan gas Puchong: Dua mayat ditemukan tidak sempurna
Insiden letupan gas di sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong Utama. -Foto Sinar Harian
PUCHONG: Dua mayat dalam insiden letupan gas di sebuah kilang di Taman Perindustrian Puchong Utama, dekat sini, ditemukan dalam keadaan tidak sempurna.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, keadaan kedua-dua mangsa agak teruk dan tidak sempurna ketika ditemui semasa proses siasatan dilakukan.
Beliau berkata, ekoran keadaan mayat yang agak teruk, ia menyebabkan petugas JBPM dan anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil masa untuk menguruskannya.
"Kita jangkakan akan mengambil satu hingga dua jam lagi untuk selesaikan siasatan di lokasi dan proses mengeluarkan mayat.
"Keadaan mayat yang tidak sempurna menyebabkan pasukan petugas mengambil masa untuk melakukan siasatan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.
Kata beliau, keadaan dan situasi semasa di lokasi kejadian dan premis terlibat adalah selamat.
Namun begitu menurutnya, pemantauan berterusan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan terjamin.
Tambah Mukhlis, dua mangsa yang selamat dan mengalami kecederaan telah diberikan bantuan pernafasan serta rawatan awal.
"Pihak forensik (bomba) masih menyiasat punca letupan.
"Pemeriksaan membabitkan tong gas yang berada di premis, namun didapati tiada berlaku kebocoran.
"Pemilik premis yang tercedera juga sudah mendapatkan rawatan, identiti kedua-dua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti," ujarnya.
Tegas Mukhlis, siasatan mendalam turut dijalankan sekiranya terdapat pelanggaran standard operasi prosedur (SOP) atau perlanggaran spesifikasi keselamatan lain. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Taman Perindustrian Puchong Utama
#letupan gas
#mayat tidak sempurna
#Pelanggaran SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan