awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Levi pelepasan penerbangan mungkin dilaksanakan pada September - Amiruddin

Bernama
Bernama
02/07/2019
20:10 MYT
Levi pelepasan penerbangan mungkin dilaksanakan pada September - Amiruddin
Amiruddin berkata kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan. GAMBAR BERNAMA
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan pada September ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
Beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
"Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji .... mungkin pada September.
"Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan, " levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan," kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencadangkan supaya levi pelepasan dikenakan pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amiruddin Hamzah
#ASEAN
#Haji
#kabinet
#kerajaan
#levi
#Lim Guan Eng
#menteri
#Parlimen
#penerbangan
#Timbalan Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan