awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yuran lesen H.264 dilapor melonjak, platform penstriman berdepan kos jutaan dolar
Konflik Asia Barat: Serangan AS–Israel ragut 13 nyawa di Baharestan, Iran
KPM arah semua IPG henti serta-merta aktiviti lasak, air
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima daripada 13 radar di ESSZone disahkan rosak

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/10/2023
03:40 MYT
Lima daripada 13 radar di ESSZone disahkan rosak
Mohamad berkata, sebanyak lima daripada keseluruhan radar terbabit kini disahkan rosak dan tidak ekonomi untuk diperbaiki. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 unit radar Coastal Surveillance System (CSS) diletakkan di 13 lokasi penempatan di kawasan Pantai Timur Sabah (ESSZone) bagi memantau keselamatan dan memelihara kedaulatan negara.
Bagaimanapun, sebanyak lima daripada keseluruhan radar terbabit kini disahkan rosak dan tidak berbaloi untuk diperbaiki.
Menjelaskan lanjut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, lokasi semua 13 radar itu meliputi persisiran Kudat, iaitu di bahagian Utara ESSZone sehingga ke Tawau, di bahagian Selatan ESSZone.
Menurutnya, pada masa ini, terdapat lapan buah radar yang baru selesai dinaik taraf pada 16 September 2023, iaitu radar CSS 1206.
Tambah beliau, projek itu bertujuan meningkatkan keupayaan pengesanan radar dan keupayaan ‘Perintah dan Kawalan’ dan radar tersebut adalah berstatus operasi sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, terdapat lima buah Radar CSS AESA SPEXER 2000 telah mengalami kerosakan dan tidak ekonomi untuk dibaiki (TEB).
“Kesemua peralatan Radar CSS AESA SPEXER 2000 tersebut telah ditanggalkan untuk proses pelupusan.
“Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti keperluan bagi menutup sepenuhnya kelompongan di kawasan tersebut dengan melaksanakan perolehan sebanyak enam buah (lima penggantian dan satu penambahan) radar gap filler yang baharu.
“Jumlah keseluruhan peruntukan bagi perolehan enam buah radar tersebut adalah sebanyak RM57 juta yang akan diperolehi dalam RMK12 dan RMK13,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Isnin, menjawab soalan dibangkitkan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN - Tanah Merah) yang bertanya status pembaikan dan penggantian radar di ESSZone.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#ESSZONE
#Sabah
#radar rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan