awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang

Lima kampung, taman perumahan di Sandakan dilanda banjir kilat

Radhi Muslim
Radhi Muslim
20/01/2022
09:11 MYT
Lima kampung, taman perumahan di Sandakan dilanda banjir kilat
SANDAKAN: Lebih lima kawasan perkampungan dan taman perumahan di Sandakan dilanda banjir kilat selepas berlaku hujan lebat sejak malam Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, susulan hujan lebat yang berlaku sehingga pagi khamis, pihaknya melakukan pemantauan rapat beberapa buah kampung dan taman perumahan.
"Kampung terlibat adalah seperti di kampung Sungai Memanjang, Kampung Pertanian Batu 25, Kampung Sri Manis Batu 16 dan Kampung Gum-Gum Besar Batu 16.
"Selain itu, taman perumahan ialah Taman Pohing dan keadaan semua adalah terkawal sehingga jam 2 petang tadi keadaan beransur pulih iaitu air beransur surut,” Katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Khamis.
Menurutnya, beberapa jalan raya di daerah utama di kawasan berkenaan turut dilimpahi banjir antaranya Jalan Lintas Sibuga.
Jimmy berkata, hujan lebat yang berlaku juga menyebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Gas, Sandakan. Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan dilaporkan.
Selain itu, beliau menyeru masyarakat untuk terus berwaspada memandangkan keadaan cuaca yang masih tidak menentu.
"Sekiranya berlaku air naik, berpindah ke tempat tinggi dan sentiasa mengikut arahan semasa daripada pihak berkuasa.
"Setakat ini belum ada pemindahan dijalankan dan berdasarkan pemantauan keadaan air banjir sudah mula surut dan keadaan didapati terkawal," katanya.
Justeru, pihaknya masih menjalankan rondaan dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#Sandakan
#Jimmy Lagung
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.