awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perjalanan haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
Iraq tutup pintu sempadan Shalamcheh dengan Iran selepas serangan maut
TH perkenal inisiatif Haji Lestari untuk musim haji 1447H
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior

Bernama
Bernama
29/07/2024
15:53 MYT
Lima pelajar ditahan merusuh, pukul junior
Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan. - Foto hiasan
IPOH: Polis menahan lima pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun bagi membantu siasatan kes seorang pelajar tingkatan satu dipukul sehingga mengalami kecederaan.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dalam kenyataan berkata tangkapan dibuat setelah menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa dipukul oleh pelajar tingkatan empat dan lima di sebuah sekolah menengah di sini, 24 Julai lepas.
"Mangsa telah mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan mengesan suspek lain yang terlibat.
Azizi berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar ditahan
#pukul junior
#merusuh
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan