awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima remaja lelaki tidak mengaku bersalah rogol gadis 14 tahun

Bernama
Bernama
07/12/2015
03:05 MYT
Lima remaja lelaki tidak mengaku bersalah rogol gadis 14 tahun
Kesemua suspek dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan. - Gambar hiasan
Lima remaja lelaki termasuk seorang juvana mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, September lepas.
Muhammad Nuzul Ikhram Nurallail, 19, Mohamad Ridzuan Mohd Asri, 19, Muhammad Saiful Fauzi, 18, Muhammad Azlan Md Lazan, 19, serta juvana berumur 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Kesemua mereka bersama-sama seorang lagi yang masih bebas dituduh merogol remaja perempuan berumur 14 tahun di tandas awam taman rekreasi, Taman Setia Tropika, Kempas, di sini, kira-kira pukul 12.30 malam hingga pukul 2 pagi, 30 September lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim dan tiada jaminan ditawarkan terhadap kesemua mereka.
Mohamad Haldar menetapkan 30 Disember ini untuk sebutan semula kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#gadis bawah umur
#juvana
#remaj
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan