awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi

Aida Aziz
Aida Aziz
09/02/2025
21:45 MYT
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Anggota bomba membuat kerja pemadaman menggunakan tiga aliran 600 kaki bersumber dari air tangki jentera dan pili bomba berhampiran. - Foto JBPM Perak
IPOH: Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru, Manjoi di sini pada Ahad malam.
Empat buah motosikal turut musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 7.45 malam itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Beliau menambah, seramai 13 orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dan Ipoh bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.
"Kebakaran melibatkan lima rumah satu tingkat jenis kelas B, dua rumah musnah terbakar 80 peratus, sebuah rumah 50 peratus manakala dua lagi masing-masing 10 dan lima peratus.
"Turut terbakar empat buah motosikal dengan anggaran kemusnahan kesemuanya 90 peratus," katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.
Justeru katanya, anggota bomba membuat kerja pemadaman menggunakan tiga aliran 600 kaki bersumber dari air tangki jentera dan pili bomba berhampiran.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya jam 11.38 malam.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#rumah
#motosikal
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan