awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
[KOLUMNIS] Memaknai pengalaman kampus untuk kehidupan sebenar
Operasi pembenihan awan berjaya, hujan dikesan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima rumah rosak teruk dipukul ribut di Gombak

Bernama
Bernama
16/04/2016
15:13 MYT
Lima rumah rosak teruk dipukul ribut di Gombak
Keadaan rumah yang mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut. - Foto Bernama
Lima unit rumah satu tingkat di Jalan Kampung Sungai Pusu, Batu 8, Gombak dekat sini rosak teruk selepas dipukul ribut, Sabtu petang.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata kejadian pada 5.50 petang itu turut menyebabkan lima buah lagi rumah serta sebuah gerai mengalami kerosakan bumbung.
"Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian ini dan jumlah kerugian belum diketahui," katanya ketika dihubungi.
Katanya seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.52 petang.
Topic Berkaitan
#bumbung rumah musnah
#Gombak
#kediaman dilanda ribut
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan