awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lionel Messi cipta sejarah, jaringkan gol ke-900 karier

Astro Arena
Astro Arena
20/03/2026
03:55 MYT
Lionel Messi cipta sejarah, jaringkan gol ke-900 karier
Messi menjadi pemain kedua dalam sejarah bola sepak lelaki yang mencapai angka 900 gol, selepas Ronaldo yang terlebih dahulu melakukannya pada tahun 2024. - Gambar fail/Stadium Astro
BINTANG Argentina, Lionel Messi, terus mengukuhkan status legenda apabila menjaringkan gol ke-900 dalam karier profesionalnya, sekali gus menyertai Cristiano Ronaldo dalam kelompok elit bola sepak dunia.
Gol bersejarah itu hadir ketika aksi Inter Miami menentang Nashville SC dalam saingan Piala Juara CONCACAF, yang berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Dengan pencapaian ini, Messi menjadi pemain kedua dalam sejarah bola sepak lelaki yang mencapai angka 900 gol, selepas Ronaldo yang terlebih dahulu melakukannya pada tahun 2024.
Lebih mengagumkan, pemain berusia 38 tahun itu mencapai rekod tersebut hanya dalam 1,142 perlawanan -- hampir 100 perlawanan lebih pantas berbanding Ronaldo.
Sepanjang kariernya, Messi telah menjaringkan sebahagian besar gol bersama FC Barcelona (672 gol), selain turut menyumbang jaringan bersama Paris Saint-Germain, Inter Miami, serta pasukan kebangsaan Argentina.
Namun, detik bersejarah itu sedikit tercalar apabila Inter Miami tersingkir daripada kejohanan tersebut menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas agregat terikat.
Jurulatih Inter Miami, Javier Mascherano, menyifatkan pencapaian Messi sebagai sesuatu yang 'luar biasa' dan sukar ditandingi.
Pencapaian ini sekali lagi membuktikan kehebatan Messi sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, selain terus menghidupkan perdebatan klasik bersama Ronaldo mengenai siapakah pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dunia. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#gol ke 900
#bintang Argentina
#Inter Miami
#Cristiano Ronaldo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan