awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori sayur terbabas, 10 cedera dalam kemalangan berhampiran R&R Jejantas Sungai Buloh

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2019
01:38 MYT
Lori sayur terbabas, 10 cedera dalam kemalangan berhampiran R&R Jejantas Sungai Buloh
Lori muatan sayur-sayuran yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Johor Bahru itu dipercayai terbalik dan merempuh beberapa buah kenderaan lain termasuk lori dan kenderaan pasukan PDRM serta tentera. - Gambar hiasan
10 cedera termasuk empat kanak kanak dalam satu kemalangan membabitkan 14 kenderaan di kilometer 457 sebelum susur masuk Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Sungai Buloh arah ke pusat bandar malam tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 malam itu dipercayai berpunca dari kegagalan sebuah lori muatan sayur memperlahankan kenderaannya ketika pasukan penyelenggaran PROPEL membuat penutupan jalan untuk membaiki jalan raya.
Lori muatan sayur-sayuran yang dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Johor Bahru itu dipercayai terbalik dan merempuh beberapa buah kenderaan lain termasuk lori dan kenderaan pasukan PDRM serta tentera.
Menurut ketua polis daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd zani Che Din, kemalangan itu menyebabkan enam orang dewasa dan empat kanak kanak mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Bagaimanapun, kesemua mangsa dilaporkan stabil setakat pagi ini.
Kemalangan yang dianggap teruk itu menyebabkan kesesakan sepanjang tiga kilometer selama tiga jam.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lebuh raya berhampiran sedang diteliti bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian.
Bagaimanapun, lokasi kejadian beransur pulih sehingga jam 2 pagi sebaik selesai kerja-kerja penundaan kenderaan kemalangan.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#CCTV
#Hospital
#Johor Bahru
#kemalangan
#mangsa
#PDRM
#Petaling Jaya
#polis
#R&R Jejantas Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan