awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Trump luah kekecewaan terhadap NATO, Rutte memahami
Tentera AS kekal di sekitar Iran sehingga Tehran patuh perjanjian - Trump
Lubnan tidak mahu terperangkap dalam konflik serantau - Duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak

Astro AWANI
Astro AWANI
20/02/2026
04:34 MYT
Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak
Roblox memasarkan platformnya sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak, namun didakwa tidak melaksanakan sistem moderasi dan pengesahan umur yang memadai. -Foto fail
Pihak berkuasa Daerah Los Angeles memfailkan saman terhadap platform permainan dalam talian Roblox, dengan mendakwa syarikat itu gagal melindungi kanak-kanak daripada pendedahan kepada kandungan seksual, eksploitasi serta pemangsa dalam talian.
Menurut saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Khamis, pihak daerah menegaskan Roblox memasarkan platformnya sebagai ruang selamat untuk kanak-kanak, namun didakwa tidak melaksanakan sistem moderasi dan pengesahan umur yang memadai.
Tindakan itu didakwa membolehkan wujudnya interaksi tidak wajar, termasuk kandungan seksual dan kegiatan antun seksual kanak-kanak (child grooming) oleh individu yang menyalahgunakan platform tersebut.
Pengerusi Lembaga Penyelia Daerah Los Angeles, Hilda Solis, berkata tujuan tindakan undang-undang itu adalah untuk “melindungi kanak-kanak daripada pemangsa dalam talian dan kandungan tidak sesuai,” sambil menegaskan Roblox mempunyai tanggungjawab moral serta undang-undang untuk memastikan keselamatan pengguna muda.
County Counsel, Dawyn R. Harrison, pula menyifatkan kegagalan platform itu sebagai isu keselamatan serius, dengan mendakwa Roblox “memberi alat yang berkuasa kepada pedofil untuk memerangkap kanak-kanak,” serta mendakwa trauma yang dialami mangsa merangkumi antun seksual kanak-kanak, eksploitasi dan serangan sebenar.
Roblox, yang mempunyai lebih 151 juta pengguna aktif harian di seluruh dunia—dengan lebih 40 peratus daripadanya di bawah umur 13 tahun—didakwa tidak menguatkuasakan had umur, tidak menapis kandungan dicipta pengguna dengan berkesan dan tidak mendedahkan sepenuhnya risiko platform tersebut kepada ibu bapa.
Daerah Los Angeles memohon injunksi mahkamah, hukuman sivil serta penambahbaikan menyeluruh terhadap sistem keselamatan platform itu.
Saman tersebut difailkan di bawah undang-undang Negeri California berkaitan amalan perniagaan tidak adil dan pengiklanan palsu.
Dalam kenyataan balas, Roblox menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa keselamatan ialah “teras utama” syarikat itu.
Roblox berkata platformnya mempunyai sistem perlindungan automatik, termasuk pemantauan kandungan dan larangan berkongsi imej dalam perbualan, selain bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam kes keselamatan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#roblox
#Los Angeles
#Keselamatan Kanak‑kanak
#Eksploitasi Dalam Talian
#Antun Seksual Kanak‑kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan