awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir di KL, 11 negeri hingga 9 malam ini
ETCon26 pacu pelaksanaan pelan peralihan tenaga negara
MFL rancang pertemuan meja bulat bersama semua CEO kelab Liga-M
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTAT umum 5.35% dividen FY25, tertinggi dalam tempoh lapan tahun

Astro AWANI
Astro AWANI
12/03/2026
04:01 MYT
LTAT umum 5.35% dividen FY25, tertinggi dalam tempoh lapan tahun
Mohamed Khaled (tengah) ketika Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Tahun Kewangan 2025 hari ini. --fotoBERNAMA
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dana persaraan anggota tentera Malaysia mengisytiharkan dividen sebanyak 5.35% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Ia adalah pembayaran dividen yang tertinggi dalam tempoh lapan tahun dengan jumlah agihan sebanyak RM524.74 juta.
LTAT dalam satu kenyataan berkata pembayaran dividen itu adalah yang tertinggi sejak tahun 2017. Dividen itu mewakili lebih 96% daripada keuntungan bersih LTAT dan akan dikreditkan ke akaun pencarum pada hari Jumaat.
“Prestasi kukuh ini mencerminkan usaha berterusan LTAT untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya dan membina daya tahan yang lebih tinggi dalam menguruskan simpanan pencarum,” menurut kenyataan itu.
LTAT kini akan melalui transformasi jangka panjang di bawah GEMPUR30, pelan strategik dana bagi 2026–2030, yang bertujuan mengukuhkan peranan LTAT sebagai dana persaraan yang mampan pada masa depan.
Strategi ini termasuk mengoptimumkan dan semula portfolio pelaburan LTAT secara berterusan, termasuk “pelupusan dan pelaburan semula terpilih” untuk mengalihkan modal ke sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan jangka panjang yang lebih kukuh.
LTAT melalui anak syarikat pelaburannya, Boustead Holdings Bhd merancang untuk memfokuskan kepada dua sektor utama iaitu industri berkaitan pertahanan dan pembangunan hartanah, selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara Malaysia dan keutamaan strategik Kementerian Pertahanan.
Pada 2025, LTAT merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM749.49 juta, manakala keuntungan boleh diagihkan adalah RM541.56 juta.
Dana itu juga melaporkan bahawa jumlah rizab gabungan berkembang 29.1% dari tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion, berbanding RM1.01 bilion pada 2024.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohammad Ashraf Md Radzi berkata prestasi yang meningkat menunjukkan kedudukan kewangan dana yang lebih kukuh dan kemampuan untuk mengekalkan pembayaran dividen kepada pencarum.
“Keputusan yang diumumkan hari ini menunjukkan bahawa dana ini stabil dan bersedia untuk fasa pertumbuhan institusi seterusnya,” katanya.
Dana itu kini merancang untuk meningkatkan pendedahan kepada sektor-sektor yang dianggap penting secara strategik untuk kepentingan ekonomi dan keselamatan negara Malaysia.
Ini termasuk pelaburan dalam ekosistem pertahanan, hartanah dan industri farmaseutikal, yang dijangka akan menjana nilai jangka panjang.
Ashraf berkata sektor farmaseutikal telah muncul sebagai bidang yang penting terutamanya dalam memastikan kelestarian dan keselamatan rantaian bekalan ubat-ubatan Malaysia.
Beliau berkata bahawa Pharmaniaga Bhd, di mana LTAT mempunyai pegangan langsung dan tidak langsung sebanyak 43.9%, menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan dan kini berada di landasan tepat untuk keluar dari status syarikat PN17 dalam masa terdekat.
LTAT mempunyai pegangan langsung 8.7% dalam Pharmaniaga, manakala anak syarikatnya, Boustead Holdings, kekal sebagai pemegang saham utama kumpulan farmaseutikal itu dengan pegangan 35.2%.
LTAT menguruskan simpanan persaraan bagi anggota tentera Malaysia dan memainkan peranan strategik dalam ekosistem pelaburan berkaitan kerajaan di negara ini. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#dividen
#keuntungan bersih
#LTAT
#Boustead Holdings Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan