awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lubang benam paksa jalan ditutup di Butterworth

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
02/10/2022
13:50 MYT
Lubang benam paksa jalan ditutup di Butterworth
JKR dalam kenyataan memaklumkan menerima laporan kejadian sinkhole daripada pengguna jalan raya kira-kira jam 4.30 petang. - Gambar/ JKR
BUTTERWORTH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang menutup sementara sebahagian laluan di Jalan Bagan Lalang, di sini, susulan terdapat lubang benam, hari ini.
Penutupan dibuat bagi menjalankan kerja pembaikan mendapan di permukaan jalan di kawasan saluran pembentung Indah Water Konsortium (IWK).
JKR dalam kenyataan memaklumkan menerima laporan kejadian ‘sinkhole’ daripada pengguna jalan raya kira-kira jam 4.30 petang.
“Pihak JKR menutup sementara sebahagian kawasan tersebut bagi kerja pembaikan. Pembaikan kekal sedang diselaraskan bersama pihak IWK," kata kenyataan tersebut.
JKR berkata, pihaknya akan menyediakan laluan alternatif sekiranya perlu, namun buat masa ini, laluan berkenaan masih dibuka kepada kenderaan ringan.
Terdahulu tular di media sosial beberapa keping gambar ‘lubang besar ’ di permukaan jalan di kawasan berkenaan yang mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya .
Topic Berkaitan
#mendapan
#lubang benam
#Butterworth
#jalan ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan