awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luruan monsun: Hujan lebat berterusan dijangka hingga hujung November

Bernama
Bernama
19/11/2024
07:58 MYT
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan dijangka hingga hujung November
Kekuatan luruan monsun yang diramal meningkat berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung.- Gambar hiasan/BERNAMA
PUTRAJAYA: Luruan monsun membawa hujan lebat berterusan yang kini berlaku di timur dan selatan Semenanjung dijangka berlanjutan hingga hujung November ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Datuk Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini berkata analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada 27 Nov hingga 1 Dis iaitu keadaan berkenaan berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh itu.
Beliau berkata MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengemas kini amaran hujan berterusan sekiranya keadaan cuaca dijangka bertambah buruk.
Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MET Malaysia menerusi medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#luruan monsun
#MetMalaysia
#hujan lebat
#timur semenanjung
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan