awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

M40, T20 layak terima bantuan moratorium

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2021
15:45 MYT
M40, T20 layak terima bantuan moratorium
Tengku Zafrul berkata, kelayakan itu termasuklah golongan M40, T20, perniagaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Individu yang mengalami pengurangan pendapatan dan hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) layak menerima bantuan moratorium.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kelayakan itu termasuklah golongan M40, T20, perniagaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Golongan peminjam seperti individu yang kehilangan pekerjaan B40, M40 dan T20, penerima BSH atau BPR, perniagaan mikro dan PKS dalam sektor yang tidak dibenarkan untuk beroperasi akibat PKP juga boleh memilih untuk mendapat moratorium automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran balik ansuran sebanyak 50 peratus selama enam bulan," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.
Menurutnya, pendekatan itu membolehkan peminjam membuat pilihan berdasarkan keadaan dan keperluan kewangan masing-masing. ⠀
"Peminjam hanya perlu pilih dan dapat bantuan bayaran balik pinjaman yang bersesuaian daripada pihak bank. Kelulusan adalah secara automatik," katanya.
Beliau berkata, bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik Covid-19.
"Saya melihat banyak pertanyaan sama ada golongan M40 juga layak menerima bantuan moratorium. Ya. Jika anda kehilangan pekerjaan, tidak kira M40 atau T20, anda layak untuk memohon moratorium di mana kelulusan adalah secara automatik. ⠀
"Jika anda menghadapi pengurangan pendapatan, tidak kira anda M40 atau T20, anda juga layak untuk menerima pengurangan ansuran bulanan," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: M40, T20 layak terima bantuan moratorium
Topic Berkaitan
#PKP
#Moratorium
#B40
#T20
#M40
#layak
#total lockdown
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan