awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
27/12/2022
09:34 MYT
MAFS fokus galakkan teknologi dalam pertanian - Foong Hin
Terdahulu, Foong Hin (kanan) bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) di pejabatnya di Menara Kinabalu.
KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjeaminan Makanan mempunyai fokus untuk menggalakkan pemodenan dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pertanian di Sabah.
Berkongsi aspirasi itu, timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, kementerian beliau komited untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam pelbagai perkara bagi memperkasa industri pertanian.
Menurutnya, kementerian beliau akan meneruskan siri jelajah dalam sektor pertanian dan agromakanan di Sabah dan Sarawak.
"Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk mengeratkan kerjasama strategik Kementerian di peringkat Persekutuan dan Kerajaan Wilayah Sabah dan Sarawak dalam menangani isu keterjaminan makanan.
"Turut dibincangkan pelbagai perkara termasuk pendekatan menghormati autonomi Kerajaan Wilayah dalam bidang pertanian serta meneroka ruang kerjasama terutamanya bersama Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah, yang diterajui menterinya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Pada lawatan ini juga, Foong Hin turut mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri merentasi semua subsektor agromakanan disertai jabatan dan agensi berkaitan pertanian di Sabah bagi mendapatkan input, pandangan dan cadangan untuk terus memperkukuh industri pertanian secara mampan.
Ia akan dilaksanakan secara bersiri dan berterusan di kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak bagi terus memperkukuhkan agenda keterjaminan sekuriti makanan negara.
Terdahulu, Foong Hin bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Topic Berkaitan
#MAFS
#Agromakanan
#industri pertanian
#pertanian moden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan